THIS IS MY LIFE AND MY BEAUTIFUL WORLD. THERE IS NOTHING IMPORTANT THAN FAMILIES. ALL THE PEOPLE IN THESE PICTURES BELOW IS IMPORTANT TO ME. THEY ALWAYS THERE WHEN YOU NEED THEM. I LOVE MY FAMILY. GIVE ME STRENGTH TO FIGHT ALL ODDS. PEACE LOVE AND HARMONI........







Saturday, January 29, 2011


KULIT WANTAN
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
secubit garam
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 cawan air

Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar. Masukkan telur dan air, uli menjadi doh. Ubah ke atas papan pencanai, uli menjadi halus teksturnya. Belah 2 dan bungkus dengan plastik, biar 15-30 min. Canai satu bahagian atas papan yg ditabur tepung jagung. Canai senipis yg boleh kemudian potong bentuk empatsegi yg sama besar. Jika mahu wantan bulat, gunakan acuan bulat yg sesuai saiznya

Kulit Wantan dalam RM2.00
Minyak untuk menggoreng

Bahan Inti

Isi ayam / daging / udang ( cincang )
Bawang besar ( potong dadu )
Lada sulah serbuk ( sesedap rasa ) (kalau suka)
Daun Bawang ( cincang )
Cili padi ( 3 tangkai / racik halus )
Garam ( sesedap rasa )
Mix Fruit paket kecil
Sos Tiram
Cili kering mesin dalam 3 sudu


Cara:

1. Tumis bawang dadu masukkan cili padi dan kering masak sampai pecah minyak
2. Masukkan ayam/udang/sotong gaul rata
3. Masukkan sos tiram dan semua bahan dan masak sehingga kering.
2. Simpan dalam peti sejuk dalam 30 jam.

3. Kemudian isikan inti pada kulit wantan tadi dan lipat ikut lipatan yang kita pandai.( sapu sedikit air pada kulit wantan ditempat yg ingin kita lekatkan).

4. Goreng hingga kekuningan dan api jangan terlalu besar.

5. Angkat dan toskan minyaknya dan ia sudah sedia dinikmati.
Cadangan Hidangan:
Sesuai untuk hidangan minum petang dan sesuai dimakan bersama sos cili , lada hitam dan sos plum



No comments:

Post a Comment