THIS IS MY LIFE AND MY BEAUTIFUL WORLD. THERE IS NOTHING IMPORTANT THAN FAMILIES. ALL THE PEOPLE IN THESE PICTURES BELOW IS IMPORTANT TO ME. THEY ALWAYS THERE WHEN YOU NEED THEM. I LOVE MY FAMILY. GIVE ME STRENGTH TO FIGHT ALL ODDS. PEACE LOVE AND HARMONI........







Monday, January 31, 2011

JANGAN BOROS BERBELANJA-RENUNG KAN LAH

Apabila berbelanja hendaklah seimbang dengan pendapatan iaitu jangan sesekali boros dan membazir sehingga melebihi daripada pendapatan, dan amalkanlah sikap menabung bagi menampung keperluan masa depan.
Umat Islam hendaklah membelanjakan rezeki yang diperolehinya dengan bijak kerana agama Islam telah mengajar umatnya bagaimana seseorang itu harus membelanjakan wang dan hartanya, antaranya membelanjakannya bagi keperluan diri, keluarga dan orang-orang di bawah tangungannya, ujar Khatib dalam Khutbah Jumaat hari ini.
Harta itu juga hendaklah dibelanjakan dalam menunaikan hak-hak wajib yang tertanggung ke atas pemilik harta seperti mengeluarkan zakat, memberi bantuan atau pertolongan kepada orang yang ditimpa musibah dan sebagainya, tambah Khatib.
Khatib mengingatkan bahawa perbelanjaan hendaklah seimbang antara kadar pendapatan dan perbelanjaan, sebagai contoh, adalah tidak munasabah jika seseorang yang berpendapatan $700 sebulan tetapi berbelanja lebih daripada pendapatan yang diperolehinya itu kerana perbuatan sedemikian akan mengakibatkan masalah kewangan dalam keluarga dan lebih buruk lagi boleh mengundang amalan berhutang.
Selain itu kita juga dilarang daripada membelanjakan rezeki yang diperolehi kepada perkara haram dan maksiat, tegas Khatib. Apa yang penting juga ialah kita dituntut untuk bersikap sederhana dalam perbelanjaan iaitu tidak bersikap bakhil dan tidak juga bersikap boros sebagaimana firman Allah Ta'ala dalam Surah Al-Furqan Ayat 67.
Ayat tersebut kira-kira bermaksud "dan juga mereka yang diredai Allah itu ialah yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut, dan sebaliknya perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu."
Menurut Khatib, mengamalkan sikap bersederhana dalam kehidupan dapat mengelakkan diri dari bersikap boros dan membazir dan kita juga akan dapat menyimpan atau menabung pendapatan yang diperolehi, lebih-lebih lagi amalan menabung adalah tindakan orang yang bijak merancang perbelanjaan mereka.
Antara kelebihan amalan menabung itu menurut Khatib ialah ekonomi seseorang itu akan lebih teratur dan terancang dan dapat membantu seseorang itu membuat persediaan bagi menghadapi keadaan yang tertentu di masa akan datang seperti keperluan bagi perbelanjaan pendidikan anak-anak dan sebagainya.
Khatib menambah kata, selain itu amalan menabung juga dapat membantu ita ketika menghadapi situasi kecemasan seperti perbelanjaan bagi masalah kesihatan ataupun bgi keperluan yang mendesak seperti membaiki kereta rosak dan sebagainya.
"Wang yang disimpan juga boleh digunakan sebagai mudal pelaburan atau perniagaan di masa depan seperti bagi keperluan membeli rumah, tanah dan sebagainya, bahkan wang itu juga boleh digunakan sebagai jaminan di hari tua atau apabila bersara kelak bagi menyara perbelanjaan kehidupan."
Selain itu dengan adanya wang simpanan juga membolehkan kita menunaikan ibadat kepada Allah Ta'ala seperti memberi sumbangan wakaf ataupun sedekah, lebih-lebih lagi untuk menyempurnakan rukun Islam yang kelima iaitu menunaikan fardu haji, tambahnya.
"Harus diingat bahawa harta yang dimiliki itu sebenarnya adalah hak milik Allah Ta'ala, sedangkan manusia hanya sebagai penerima amanah yang pasti akan ditanya dari mana harta itu diperolehi dan ke mana ia dibelanjakan."
Oleh itu rancanglah perbelanjaan supaya dapat mengelakkan pembaziran dan sikap boros dan berusahalah untuk menabung walaupun sedikit, bak kata pepatah 'sikit-sikit lama-lama jadi bukit', nasihat Khatib.

COCKROACH IN A COFFEE CUP....YUCKSS!!

I read the newspaper the other day..and this titile catch my eyes..."Cockroach in a coffee cup" Yuckss!! I know how you would feel when you found out that the drink u drank have something in it... Poor that guy who have drank it..And it's not his fault tho cockroach in his coffee.. :)

So here is the article that i copy from our local newspaper..


A local man got more than he bargained for when he took the first sip of his coffee that he was trying to gulp down before making his way to the movies.
He said he experienced great shock after discovering the 'foreign object' he felt in his mouth was cockroach in his drink that he bought at a food court outlet in the capital.
"I actually bought two cups of hot beverage from this popular food outlet.
"I found that there was something in my drink, as I felt a 'foreign object' in my mouth. I tongued it out, only to discover it was a cockroach," he said.
He believed it was from his styrocup, since he had felt nothing strange in the first drink that he had gulped down earlier.
Did they serve me in a recycled 'tapau' (takeaway) cup? Because 'tapau' cups are meant for single-use only. The cockroach could have laid its eggs in any used cup.
"I made a formal complaint to the relevant authorities and hope that proper, immediate and stern action is taken to avoid this from ever happening again," he said adding that the authority will investigate the matter.